PETALING JAYA: Polis menyerbu pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BERSIH di Petaling Jaya petang ini.
Serbuan itu dibuat kurang 24 jam himpunan BERSIH 5 akan diadakan esok di ibu kota.
Pegawai NGO itu, Mandeep Singh memberitahu serbuan itu dijalankan bawah
Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan
demokrasi berparlimen.
“Kira-kira 10 anggota polis di pejabat kami sekarang. Kami dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu.
“Peguam kami sedang uruskannya,” kata Mandeep dipetik Malaysiakini.
BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada
Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan