Selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan
kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Ketua Baju
Merah Datuk Seri Jamal Yunos sedang berada?
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang ini.
Nmun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.

Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju
merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara
selepas selesai solat Jumaat.
Ketika ditanya salah seorang sekretariat gabungan NGO Baju Merah Razali Zakaria, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan Jamal.

Bagaimanapun menurut Razali, kumpulan Baju Merah akan
mula berkumpul bermula petang ini di Masjid Negara untuk perhimpunan
yang akan diadakan esok.
"Kita akan berada di sini sampai esok. Orang ramai akan datang sedikit demi sedikit selepas ini dan akan terus berkumpul sampai perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.
Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.

Ditanya sekali lagi kepada pihak Baju Merah sama ada
Jamal akan hadir dan membuat sidang media di Masjid Negara, individu
yang mengaturkan sidang media itu tidak dapat memberikan jawapan kerana
Jamal tidak dapat dihubungi.
"Saya tak tahu, saya pun tak dapat hubungi Jamal. Kami
semua tak tahu Jamal berada di mana. Bila saya hubungi dia, dia kata
sedang dalam perjalanan (ke Masjid Negara).
"Sekarang saya hubungi lagi dah tak dapat. Kami tak tahu dia ada di mana," kata individu berkenaan yang enggan nama disiarkan.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, satu lagi undangan sidang media oleh Jamal diedarkan.
Ia dikatakan akan diadakan pada jam 10 malam ini juga di Masjid Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan