shahbudindotcom
Khususnya
ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini.
Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti peringkat
kawasan atau ranting yang cakapnya hanya umpama angin lalu saja.
Sebagai
Naib Presiden Pas, kata-katanya bukan saja dianggap benar, bahkan
juga tentunya adalah gambaran tentang parti itu sendiri.
Sebagaimana
yang dipetik dari portal Malaysia Dateline semalam, Idris dilaporkan
berkata, Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh UMNO sekali lagi dalam
isu isu rang undang-undang Akta 355.
Ketika
berceramah di Kuantan, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang
berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihanraya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab itu kita kalah selalu.
"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramahnya itu.
Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh UMNO, tetapi UMNOlah yang rugi.
Masya
Allah...berdasarkan ucapan Idris itu, rupa-rupanya Pas sangat sedar
mereka telah kena kencing dengan UMNO dan BN sejak sekian lama lagi,
sudah 13 kali pilihanraya lagi.
Kemudian,
dalam isu pembentangan usul Akta 355 yang sekarang ini ternampak
ciri-ciri bakal kena kencing lagi, Idris boleh pula berkata, "tidak
kesah kalau dikencing sekali lagi."
Kalau sudah 13 kali kena kencing, mengapa Pas masih sanggup kena kencing sekali lagi?
Kenapa
pimpinan Pas yang ada sekarang tidak cuba mengelak atau menjauhkan diri
daripada terus jadi tadahan kencing oleh UMNO dan BN?
Apakah Pas memang dilahirkan untuk kena kencing sepanjang zaman?
Lagu mana pula logiknya kata-kata Idris bahawa meskipun selalu kena kencing, bukan Pas yang rugi, tetapi UMNO yang rugi?
Apa untung yang Pas dapat yang mungkin ahli-ahlinya tidak tahu akibat selalu kena kencing selama ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan