PENSIANGAN: Sokongan terhadap PKR dan pakatan harapan yang diketuai DAP
di negeri ini terus merosot selepas 900 ahli parti itu mengumumkan
keluar dan menyerahkan borang keahlian kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS).
Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum
2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui kesal kerana tindakannya
selama ini menyokong PKR.
Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, beliau mendapati kebanyakkan pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding BN yang ikhlas bekerja untuk rakyat.
"Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan.
"Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pembangkang kerana hanya
bergaduh untuk kepentingan peribadi dan sekarang telah berpecah
membuktikan kegagalan mereka untuk bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian kepada
Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
di Kampung Takul Nabawan, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan