Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata calon Perdana
Menteri bagi Pakatan Harapan perlu ditentukan untuk mengelak dari
berlakunya perebutan kuasa.
Reaksi itu diberikan selepas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada
semalam menggesa pembangkang untuk berhenti membuat spekulasi bersabit
calon untuk jawatan nombor satu itu sekiranya pembangkang menang dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
"Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas
pilihan raya," katanya sambil menambah kepentingannya yang juga ada
kaitan dengan kepentingan orang ramai.
Dengan menggesa isu berkenaan dihentikan, Rafizi berpandangan ia akan menjejaskan sokongan rakyat kepada gagasan pembangkang.
Menurutnya apa yang lebih penting buat masa ini adalah isu-isu lain yang menjadi sering menjadi tumpuan rakyat.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyifatkan
kegagalan memuktamadkan calon perdana menteri seolah-olah mengulangi
kesilapan mereka dalam PRU13 pada 2013 yang lalu.
"Kali ini, kita mesti berani untuk menamakan siapa yang patut menjadi perdana menteri.
"Apa yang Rafizi kata adalah benar, jangan buang masa, kita mesti tegas
dalam membuat keputusan dan apa yang lebih penting ialah kita mesti
membina keyakinan rakyat terhadap HARAPAN dan BERSATU," ujarnya sambil
menambah isu tersebut perlu ditangani sebaiknya supaya tidak timbul
pandangan bahawa tiada kesepakatan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam isu calon perdana menteri.
Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata jawatan perdana
menteri itu akan diisi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sekiranya gagasan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Bagaimanapun jawatan tersebut akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas Ketua Umum PKR itu bebas daripada hukuman penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan