Oleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: Kehadiran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Tun Dr Mahathir Mohamad ke Konvensyen DAP adalah 'kejutan' buat Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng.
Guan Eng berkata kejutan itu bukan sahaja untuk Najib tetapi kepada
semua pemimpin Pakatan Harapan dan perwakilan DAP yang hadir pada
konvensyennya, hari ini.
"Ia sebagai elemen kejutanlah. Kehadiran Dr Mahathir ke sini pun.. saya
rasa kamu semua terkejut. Najib juga terkejut," ujar Guan Eng.
DAP sebelum ini memberitahu pihaknya tidak menjemput Dr Mahathir ke
konvensyen mereka sementelah PPBM bukanlah sebahagian daripada Pakatan
Harapan (PH).
DAP menjemput PKR dan AMANAH untuk hadir ke konvensyennya di IDCC, Shah Alam.
Meleraikan kekeliruan itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP,
Anthony Loke mengesahkan DAP membuat 'jemputan khas' kepada Dr Mahathir
pada saat-saat akhir.
Namun, beliau enggan memberitahu berkenaan tarikh jemputan itu dihantar.
"Dia (Dr Mahathir) jemputan khas. Sebelum ini memang tidak dijemput. Tapi kita buat juga jemputan khas," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan