HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Disember 2016

KJ dan Pemuda Umno pengkhianat negara sebenar, kata Ezam

BORHAN AHMAD
 
 
Ketika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd NorKetika dunia hina negara, KJ kekal pertahankan pengkhianat sebenar, kata Ezam Mohd Nor


Pengkhianat negara sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi Khairy Jamaludin dan Pemuda Umno, kata Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas pemimpin Pemuda Umno.

Ezam yang kini meninggalkan Umno dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan di mana Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ apabila pemuda Cina yang bernama Jho Low menyapu duit berpuluh bilion dari rakyat.

"Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion, mana KJ dan Pemuda Umno yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero Melayu?

"Malu lah kepada pemuda-pemuda Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low. Mereka pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda Cina jahat bernama Jho Low ini. Mana pemuda Umno Melayu?" tanya bekas ketua pemuda Parti Keadilan Nasional kini PKR itu.

Bagi Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi timbalan perdana menteri itu, sebagai pemuda Melayu yang pernah belajar di Universiti Oxford, KJ sepatutnta faham apa yang berlaku dalam kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura.

"KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan sahaja sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pada kita.

"KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mereka gara-gara Jho Low? Mereka mahu tunjuk pada dunia mereka ambil tindakan supaya keyakinan dunia pada Singapura tidak hilang.

"Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan," kata Ezam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan.

Jika ini pemikiran KJ dan Pemuda Umno, kata Ezam, "Maknanya di Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit. Kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita."

"Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 tahun kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak-anak muda dalam Pemuda Umno ini panggil dia pengkhianat?

"Kamu biarkan seorg pemuda Cina Jho Low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita, kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda Cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi, rakan berpoya.

"Hanya kerana habuan duit untuk kamu, habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup-hidup.

"Kalau bukan pengkhianat apa lagi nama sesuai kamu wahai pemuda Umno?" kata Ezam dalam kenyataannya.

Tiada ulasan: