shahbudindotcom
Seorang
timbalan menteri yang tidak dikenali dan amat jarang bersuara, Hamim
Samuri menyifatkan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena sebagai
pemimpin yang hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada
Amanah.
Bagi
saya Mahfuz ini boleh digelar "syan tong"...suka menghasut dan
memecah-belahkan orang, kata Hamim yang juga Ahli Parlimen Ledang,
Johor.
Beliau
berkata demikian ketika membidas dakwaan Mahfuz bahawa sifat wala'
yang digembar-gemburkan dalam UMNO sekarang umpama kesetiaan dalam
kumpulan kongsi gelap yang lebih berupa suatu ugutan kepada
ahli-ahlinya.
Kata
Mahfuz lagi, ia berbeza dalam tradisi Islam di mana sifat wala' itu
diberi dan bukannya diminta, kepada ulama atau pemimpin kerana sikap
terpuji mereka.
Sambil
menyifatkan Mahfuz hanya memakai baju Pas, tetapi hatinya lebih kepada
Amanah, Hamim seterusnya meminta Mahfuz jangan sibuk-sibuk hal
rumahtangga orang lain.
Hamim
sebenarnya tak perlu gundah gulana tentang ke mana halanya hati Mahfuz
kerana Pas sendiri ketika ini sudah tidak tentu hala lagi arah tuju hati
dan perjuangan mereka.
Hadi
Awang dan beberapa pemimpinnya mungkin masih memakai baju Pas, berjubah
dan berserban, tetapi ke mana hati mereka sekarang ini?
Masihkah mereka memperjuangkan Islam tulen yang berpegang kepada amar makruf nahi mungkar?
Meskipun
berhati Amanah, sekurang-kurangnya Mahfuz tidak kesipuan untuk
berterus-terang menentang segala unsur pencurian, perampokan dan
penyamunan dalam pentadbiran kleptokrasi negara yang menjadi sebutan di
seluruh dunia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan