Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup
mengenepikan maruahnya apabila menghadiri konvensyen DAP semalam dalam
usahanya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Menurut bekas pemimpin DAP Selangor Tan Tuan Tat, Mahathir sebelum ini
seringkali mengherdik parti itu sebagai parti cauvinis dan Penasihat DAP
Lim Kit Siang sebagai seorang rasis.
Malah kehadiran itu juga menunjukkan Mahathir terdesak untuk meraih undi masyarakat Cina pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
"Apa yang dilakukan Tun Mahathir sebenarnya dia tidak faham maksud muka
tembok. Dia tidak malu dengan apa yang dilakukan kepada Lim Kit Siang
dan masyarakat Cina, kehadiran beliau dalam Konvensyen DAP semalam tidak
disenangi oleh ahli-ahli DAP, itu yang diberitahu kepada saya.
"Mereka tidak gembira kerana Mahathir dilihat sebagai individu yang memecahbelahkan masyarakat Cina dan DAP pada khususnya.
"Tun Mahathir panggil DAP dengan banyak gelaran, jadi buat masa ini dia
bersengkongkol dengan DAP menunjukkan beliau tidak ada serangan dan
terdesak," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Ketika menghadiri konvensyen berkenaan, Mahathir secara terbuka memuji
DAP selepas sekian lama mencemuh parti itu sebagai rasis dan pengamal
politik perkauman.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau kini menyedari bahawa DAP sebagai parti pelbagai bangsa.
Jelas Tuan Tat, kenyataan itu mengejutkan beliau dan banyak pihak
kerana tidak selari dengan apa yang pernah diperkatakan Mahathir ketika
memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.
"Mahathir sudah nyanyuk. Dia tidak tahu apa yang diperkatakannya. Bila
beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun tidakkah dia sedar bahawa
beliau pernah mengeluarkan komen DAP adalah parti cauvinis yang hanya
untuk masyarakat Cina.
"Mahathir sudah bangkrap idea dan semua perancangan beliau tidak
menjadi sebab kelihatan sudah tidak mempunyai arah. Bila sudah lama
mengutuk tentang DAP semasa ada kuasa, tiba-tiba bersekongkol dengan
pembangkang hanya untuk menjatuhkan kerajaan," ujar Tuan Tat.
Dr Mahathir semalam membuat kejutan apabila hadir ke Konvensyen DAP,
meskipun pada awalnya beliau dilaporkan tidak dijemput parti itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu kehadiran Dr Mahathir
dalam konvensyen parti itu adalah 'kejutan' setelah menghantar jemputan
pada saat-saat akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan