Disebalik pelbagai propaganda, badan pemikir berkata
tinjauan mendapati hanya minoriti orang Melayu merasakan liberalisasi
adalah buruk.
PETALING JAYA: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata mereka yang tidak faham mengenai liberalisme tidak perlu bercakap mengenainya.
Sepertimana dalam hal berkaitan agama, Ketua Pegawai Eksekutif Wan Saiful Wan Jan berkata sesetengah agamawan merasakan mereka yang tidak mempunyai ilmu agama perlu berhenti bercakap mengenainya.
Mengikuti contoh itu, mereka yang tidak faham makna liberalisme juga perlu berhenti membuat kenyataan mengenainya.
“Amalkan yang kau khutbahkan, jika tak tahu mengenai liberalisme, tutup mulut,” katanya.
Sebelum ini, Ideas meneribitkan hasil tinjauan 1,207 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menilai tahap pemahaman dan sikap orang ramai terhadap liberalisme dalam isu politik, ekonomi dan sosial.
Bercakap kepada pemberita selepas sebuah forum, Wan Saiful gembira tinjuan mendapati hanya “minoriti” orang Melayu Islam yang ditinjau merasakan liberalisme adalah buruk.
Dapatan itu disebalik “propaganda” terhadap liberalisme, termasuk dalam beberapa khutbah masjid Jumaat dan oleh agensi kerajaan tertentu, katanya.
“Malaysia diasaskan atas prinsip liberal. Perhatikan pengisytiharaan kemerdekaan, yang menyatakan negara ini akan sentiasa berdasarkan prinsip prinsip kebebasan dan keadilan.
“Kami perlu kembali kepada prinsip itu dan pastikan orang ramai tahu apa maknanya.”
Wan Saiful berkata hasil tinjauan menunjukkan penentangan terkuat terhadap liberalisasi ekonomi daripada masyarakat Islam, menjadi penghalang kepada rancangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Model Ekonomi Baru (NEM), yang berasaskan pasaran.
Wan Saiful percaya apabila Najib mengambil alih pemerintahan, beliau mahu mengubah masyarakat menjadi lebih liberal dari segi sosial, politik dan ekonomi.
Tetapi Najib berdepan penentangan yang hebat dalam usaha membebaskan ekonomi, kata Wan Saiful.
Ketua Ideas itu berpendapat Najib mungkin terlalu fokus kepada mereka yang menyokong inisitiatif liberalisasi ekonomi daripada mendidik ahli partinya.
Untuk menjayakan NEM, katanya, idea ekonomi bebas perlu “dijual” kepada masyarakat Melayu.
NEM diperkenalkan Najib pada 2010, dengan matlamat mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan