TUN Mahathir sapu keliling. Watak tidak berubah
seolah-olah masih berkuasa. Terbaru, Tun kutuk Almarhum Tuan Guru Nik
Abdul Aziz dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan
oleh almarhum sewaktu beliau hidup. Persoalannya ke mana hulu balang Pan
menyepi. Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun
Mahathir mengutuk Almarhum di hadapan mereka? Apakah mereka sudah hilang
deria rasa apabila Tun membelasah almarhum. Sedangkan mereka mendakwa,
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ikon perjuangan mereka.
Kita tidak hairan apabila Tun menghentam Tuan Guru Haji Abdul Hadi,
mereka bertepuk sorak. Memang itulah perasaan mereka, kerana benci
kepada Presiden PAS. Sama seperti Tun Mahathir marah kepada DS Anwar
Ibrahim suatu ketika dahulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah DS
Anwar. Sekarang apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak
politik mereka, maka semua angkara PAS dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang.
Tun istiqamah benci dengan PAS sehingga hujung hayat. Kenapa Tun
benci sangat dengan PAS? Sebab Tun tidak boleh cucuk hidung pemimpin
PAS. Tun Mahathir ingat pemimpin PAS seperti Kadir Jasin yang kenyang
makan dedak zaman Tun. Sekarang berlagak tuduh pemimpin PAS makan dedak
DS Najib. Nasihat saya supaya Datuk Kadir Jasin ambil cermin suluh muka
dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS. Cuba periksa dulu harta dan kekayaan
yang beliau miliki, adakah ibu bapanya orang hartawan di Tokai, Kedah.
Ataupun beliau kaya hasil menjadi pengampu Tun Mahathir dan Umno.
Sekarang baru belajar marah kepada Umno kerana dedak Umno tidak cukup.
Tun marah kepada PAS kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS tidak
boleh diterima oleh beliau. Tun istiqamah menentang pelaksanaan syariat
Islam di negara ini. Berilah apa hujah beliau tetap dengan sikap
beliau. Beliau hendak suruh PAS ikut Islam tafsiran beliau. Kalau mufti
pun, Tun lawan. Sunnah Nabi pun beliau perli, apalah sangat dengan PAS.
Ingatan kepada Tun, PAS melawan Umno kerana dasar. PAS lawan Umno,
bukan kerana tidak dapat dedak. Berbeza dengan Tun, lawan pemimpin Umno
kerana dedak tidak cukup. Nanti apabila dapat dedak, maka senyaplah dan
kembali ke pangkuan Umno semula.
* USTAZ IDRIS AHMAD, Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan