RAKYAT Terengganu digesa merenung kembali
kesilapan mereka memberi undi kepada Umno yang kemudiannya melakukan
kejahatan kepada rakyat pula.
"Semoga Islam yang PAS bawa akan menyelamatkan negeri ini dari Umno
meneruskan kerja-kerja tidak amanah mereka, insya Allah," kata Ketua
Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Justeru,
beliau menjemput rakyat negeri itu ke program Harap-PGU 3.6 yang
berlangsung di Jalan Batu 24, Pekan Kuala Berang yang bermula semalam
hingga esok.
"Anda semua insya Allah akan dihidangkan dengan pelbagai program
kesedaran bagi melihat dunia politik Malaysia yang sedang mengalami
kesakitan akibat perbuatan tangan-tangan Umno dan sekutunya yang
menjarakkan pemerintahan negeri dan negara daripada Islam," ujarnya.
Menurutnya, PAS dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab mengajak
rakyat sekalian mengubah minda bagi memberikan kepercayaan kepada Islam
untuk memerintah Tetengganu.
Katanya, di bumi Kuala Berang, Allah telah mentaqdirkan pada suatu
waktu dahulu telahpun dijalankan hukuman Allah yang membuktikan bahawa
hukuman Allah ini universal telah tersebar ke seluruh alam, bukan
terperap dan sesuai bagi orang Arab sahaja seperti dakwaan pembenci
Islam.
Tambahnya, rakyat boleh melihat sendiri monumen-monumen di Tasik
Kenyir yang membaham duit rakyat, tinggal terbiar kerana tiada rasa
tanggungjawab oleh pemimpin Umno.
Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata, para pemimpin Umno hanya mahukan projek dan selebihnya tiada mereka hiraukan.
"Jom ke Harap-PGU 3.6, insya Allah Kuala Berang bakal menjadi saksi
perubahan anda lakukan di negeri Tetengganu yang kita cintai ini,"
ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan