HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Mac 2018

Bagaimana Dengan Dakwaan Tun M Siasat Sendiri Mangsa Anwar






Jika hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa ko­nonnya polis yang mendorong beliau memecat Anwar Ibrahim daripada UMNO atas tuduhan rasuah dan meliwat pada tahun 1998, bagaimana pula dengan dakwaan beliau sendiri pernah menyiasat secara peribadi mangsa-mangsa seks Anwar itu suatu ketika dahulu, soal bekas aktivis PKR, Hanisya Abdul Hamid.

“Tonton dan dengar sendiri bagaimana tahun 1998 dulu Tun M secara terbuka dalam suatu sidang media mengaku telah menemubual saksi-saksi mangsa seks Anwar Ibrahim tanpa kehadiran polis dan beliau berpuas hati bahawa Anwar memang seorang peliwat dan kaki langgan pelacur,”katanya.

Menurutnya, jika Dr Mahathir boleh memutar belit kenyataan yang sudah diketahui umum, maka tidak mustahil beliau akan terus melakukan perkara yang sama jika kembali semula menjadi Perdana Menteri.

“Kalau perkara yang cukup jelas dan satu dunia tahu mengapa beliau pecat Anwar sanggup diputar belit dan menyalahkan pihak lain .. tidak mampu nak bayangkan perkara-perkara samar dan segala janjinya sekarang ini sebagai calon PM PH akan ditunaikan,”katanya dalam Facebook.

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Tiada ulasan: