DETIK DAILY
1. Jutaan terima kasih untuk Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja
Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempersoalkan apa yang telah saya buat di
kawasan Pokok Sena dan jika saya terus menang apa yang mampu dilakukan
untuk bangunkan kawasan Pokok Sena,begitu juga dengan Kuala Kedah yang
kini diwakili oleh pembangkang ketika berucap pada majlis Himpunan Kelab
Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Negeri Kedah.
Tahniah MB
Ahmad Bashah kerana menyerlahkan kebodohan diri sendiri dan seolah olah
beranggapan rakyat pada masa kini bengap seperti beliau.
2. Saya
berlapang dada dengan kenyataan beliau kerana kenyataan tersebut
menyerlahkan kedunguan yang dimiliki MB Ahmad Bashah sendiri kerana
beliau beranggapan rakyat masa kini buta pengetahuan dan tidak mampu
berfikir seperti hidup di zaman kuno tetapi hakikatnya MB Ahmad Bashah
masih dengan pemikiran politik sempit zaman 'Tok Nadoq'.
MB Ahmad
Bashah baru sedar dari lena hingga menganggap pemikiran politik rakyat
Kedah seperti era sebelum merdeka yang mana rakyat boleh ditakut
takutkan dengan ugutan atau ancaman pembanggunan jikalau memilih parti
pembangkang.
3. Untuk pengetahuan MB Ahmad Bashah, rakyat masa
kini tidak lena dan sudah memahami soal politik kuasa serta integriti
(amanah).
Rakyat sudah bijak dan memahami tentang bidang tugas
pembanggunan adalah di bahu kerajaan yang sedang memerintah dan ianya
merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksana.Mana-mana parti yang
memerintah sebagai kerajaan adalah menjadi tanggungjawab utama untuk
membangunkan negara dan negeri.Oleh demikian apabila berlaku peralihan
kuasa memerintah, agensi atau jentera pentadbiran kerajaan yang
melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan tetap kekal bekerja seperti
sediakala.Kumpulan yang menggerakan pembanggunan di setiap negeri ialah
pegawai dan kakitangan kerajaan seperti mana yang berlaku ketika
kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Kedah,pegawai dan
kakitangan Perkidmatan Tadbir Negeri Kedah (K.C.S) tetap kekal bekerja
dengan tugas masing-masing.
4. Politik masa kini telah memasuki
alaf baru yang berteraskan pengetahuan celik minda.MB Ahmad Bashah perlu
menyedari bahawa pengundi di Malaysia merupakan pengundi yang
berteraskan pengetahuan (knowleadge vorters) dan bukan lagi 'politik
rimba' berteraskan sentimen.
Nampaknya Umno dan MB Ahmad Bashah
masih lena hingga ketinggalan zaman apabila masih menanam 'politik
kurafat' di minda rakyat kononnya hanya UmnoBN yang mampu memerintah
dengan baik.
'Politik kurafat' UmnoBN ini sudah dibuang oleh
rakyat Malaysia dan di Kedah akan terbenam di dalam telaga buruk Kampung
Hutan Betut, Bakar Bata Alor Setar.
"Pakatan Harapan Adalah Kerajaan Menunggu"
#TakMauUmnoBn
#BenamkanKurafatUmno
#SelamatkanMalaysia
#UndiPakatanHarapan
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan:
Catat Ulasan