HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Mac 2018

Binatang, celaka’, Orang Asli di Gua Musang dihina wakil tauke balak

 
Lelaki itu marah selepas dihalang masuk kawasan Orang Asli bagi menebang hutan dan menjalankan penanaman durian Musang King.
 
 


PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai kumpulan yang cuba mempertahankan aktiviti pembalakan di Gua Musang dirakam menghina penduduk di sebuah kawasan Orang Asli Kuala Wok dan Pos Pasik, selepas dihalang masuk ke kawasan mereka.

Rakaman video selama lebih seminit turut merakamkan lelaki berbadan sasa itu, yang dipercayai berasal dari luar Gua Musang, bertindak mengeluarkan kata-kata kesat.

Lelaki itu tiba menaiki kenderaan pacuan 4 roda, dan marah sambil mengatakan ia bukan pertama kali dia dilarang memasuki penempatan Orang Asli.

“Kau ingat aku suka-suka masuk dalam ni, bukan main jauh lagi, pu**ek sungguh kamu semua ni.”

Dia kemudian beredar dari situ sambil memberi amaran akan membalas dendam dalam masa beberapa hari lagi.

“Kau nak tahu dua tiga hari lagi kamu tengok, celaka sungguh binatang ni,” katanya.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Jamali Ayu mendakwa lelaki itu bersama beberapa lagi lain cuba memasuki kawasan mereka untuk menurunkan sekatan yang didirikan bagi menghalang aktiviti pembalakan dan pertanian durian Musang King.

“Mereka cakap nak jumpa ‘Cikgu Azhar’ dan wakil penduduk Orang Asli di kampung. Kemudian kita tanya apa tujuan nak masuk tapi mereka tidak beritahu.

“Selepas kita periksa, kita tengok ada 2 mesin potong kayu. Bila kami tekan mereka, mereka keluarkan surat kata nak roboh sekatan dan kami halang mereka masuk.”

Antara kata-kata kesat yang dilemparkan ialah “Orang Asli jahanam” dan “celaka Orang Asli”.

“Kami rasa mereka itu bukan dari jabatan hutan atau wakil kerajaan negeri. Kami syak mereka itu wakil tauke balak, sebab mereka cakap sebelum ini mereka pernah roboh blockade,” katanya.

Kumpulan Orang Asli Kelantan melakukan sekatan di beberapa laluan ke kawasan pembalakan di Gua Musang sejak 13 Februari lalu.

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Tiada ulasan: