Komponen PH Amanah dan Bersatu bertanding di kerusi majoriti Melayu yang dimenangi dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu atau kubu kuat Umno.
Daripada 12 kerusi yang ditandingi oleh Amanah, sekurang-kurangnya tiga dimenangi Umno dengan majoriti kecil kurang daripada 1,000 undi. Kerusi berkenaan ialah Manjoi (132 undi), Pasir Panjang (304 undi) dan Rungkup (613 undi).
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi memberitahu The Malaysian Insight, PH hanya memerlukan 35% sokongan pengundi Melayu untuk merampas Perak daripada BN.
Amanah membidik sokongan penyokong PAS yang berbelah bahagi antara mendukung parti Islam itu atau parti serpihannya, sementara Bersatu memburu undi penyokong Umno.
"Sekarang ini kita sudah pada peringkat jejak pengundi secara sentuhan peribadi," katanya.
Pengerusi PH Perak yang juga pengerusi Bersatu Ahmad Faizal Azumu percaya partinya sedang menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti pengundi Melayu.
"Di Pengkalan Hulu (daerah di hujung negeri yang bersempadan dengan Thailand), tidak ada liputan telefon. Apabila saya masuk ke kampung, orang datang dan bercakap tentang isu yang tidak saya jangka, tentang 1MDB (1Malaysia Development Bhd) dan GST (cukai barangan dan perkhidmatan).
"Ini orang kampung. Saya terkejut. Maklumat yang mereka ada mungkin sedikit salah, tetapi mereka tahu siapa penyamun," kata Faizal.
Kebimbangan Melayu dan Dr Mahathir
Tetapi bagi pengedar roti canai segera, Amiruddin Yusuf, 53, penduduk di kawasan kerusi negeri Bukit Chandan, tempat dia tinggal, "mendengar cerita pembangkang tetapi tetap memilih BN".

"Orang kampung beras sekampit, mereka kenang jasa dan budi yang memberi. Orang kampung banyak mengenang jasa walaupun isu macam-macam, 1MDB mereka tidak faham," katanya yang mendaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar.
Peniaga, Zaliha Mat, 63, juga pengundi di Kuala Kangsar berkata walaupun orang Melayu kecewa dengan isu-isu nasional yang berbangkit, mereka juga takut hendak mengundi pembangkang.
"Kita pun dah rasa was-was nak undi siapa tapi kalau undi pembangkang takut nasib Melayu tak terbela.
"Kerajaan memang bela nasib Melayu ini. Kita ada juga kecewa tapi itulah susah nak kata sekarang macam mana," katanya.

"Orang Melayu sudah sedia untuk berubah. Orang Melayu sudah muak dengan Umno kerana rasuah, skandal. Mereka hendak tukar kerajaan.
"Sama ada kalau tukar lebih baik atau buruk, itu kebimbangan mereka.
"Jadi mesti dapat keyakinan orang Melayu hak mereka akan terjaga. Kita sudah umumkan Dr Mahathir akan jadi PM, timbalannya Dr Wan Azizah (Wan Ismail). Ini menunjukkan Melayu masih memimpin negara ini. Masa depan akan lebih baik berganding sekarang dengan perubahan yang akan dibawa oleh Pakatan," katanya.
Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang menampilkan pimpinan tertinggi PH seperti Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah, serta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kamunting awal bulan ini menarik ribuan hadirin dari pelbagai kaum.
Walaupun DAP memenangi kerusi Parlimen Taiping pada PRU 2013, Umno mempertahankan kerusi negeri Kamunting dengan majoriti 887 undi.
Ubah
Penyelidik Hisommudin Bakar bagaimanapun berpendapat berdasarkan kajiannya di lapangan, tidak ada tanda-tanda perubahan dalam kalangan pengundi di kawasan luar bandar dan di kawasan kerusi majoriti Melayu.
"Kehadiran pada ceramah Tun Mahathir di Kamunting pada 3 Mac lalu tidak menggambarkan wajah sebenar perubahan Perak. Ini kerana kedudukan Taiping merupakan bandar dan kubu kuat DAP maka kehadiran yang agak besar bukan kekuatan luar jangka yang mampu memberikan tekanan kepada BN," kata pengarah Ilham Centre itu.
Beliau berkata jentera Bersatu juga lemah berbanding jentera Umno dan PAS yang sudah kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohd Redzuan Othman berkata beliau juga tidak nampak ada mood untuk berubah dalam kalangan pengundi Melayu di Perak.
"Saya jangka BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Pembangkang perlu kerja lebih kuat untuk meyakinkan pengundi Melayu bahawa mereka pilihan yang wajar," katanya.

"Kita kena kerja keras lagi. Ada sedikit sebanyak yang rasakan ingin perubahan kerana mereka rasa tertekan kos sara hidup. Penduduk di sini sebenarnya tak berani nak ke depan suarakan isi hati," katanya.
Lenggong tidak pernah dimenangi oleh pembangkang. Bagaimanapun majoriti BN merosot daripada 5,632 undi pada 2004 kepada 3,453 undi pada 2013.
Begitu juga di Tanjong Malim, sebuah lagi kawasan kubu kuat BN di selatan Perak yang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. MAjoriti BN di situ juga merosot daripada 14,693 undi pada 2004 kepada 4,328 undi pada 2013.
BN dan PH mengharapkan peningkatan sokongan Melayu untuk menang selesa antara 35 hingga 40 kerusi negeri. BN kini menguasai 31 kerusi, PH 24 dan PAS 4.
Pakatan Rakyat yang kini bubar menang 55% undi popular pada 2013 tetapi gagal menguasai Dewan Undangan Negeri Perak. Pembangkang merampas negeri itu daripada BN pada 2008 tetapi kehilangannya setahun kemudian selepas tiga wakil rakyatnya berpaling tadah jadi ahli DUN bebas yang menyokong BN. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan