HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mac 2018

DAP akui Dr Mahathir kuda tunggangannya

ROSLAN SMS

 
 
DAP sedang menyusun bala tenteranya untuk merampas Putrajaya mempertaruhkan segala yang ada pada tangannya dalam pertempuran "do or die".
 
Ahli dan pimpinannya seakan terasuk untuk mempercayai bahawa kali inilah DAP akan mencapai cita-cita perjuangannya iatu dalam PRU ke-14 ini menawan dan menguasai Malaysia.
 
Tetapi parti perkauman ini tahu ia tidak mungkin mencapai cita-citanya membentuk Malaysia yang sekular yang bertunjangkan meritokrasi tanpa mendapat sokongan orang Melayu Islam.
 
Kerana itu setelah putus hubungan dengan PAS, memperolehi bantuan bekas PM Tun Dr Mahathir ia yakini sebagai satu peluang buat ia naik memegang kuasa.
 
Tun sebagai pemimpin Pakatan Harapan diyakininya dapat membawa kerusi-kerusi Melayu bagi menggenapkan bilangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Dewan Rakyat bagi memungkinkan DAP menjadi parti tunggak dalam Kerajaan Persekutuan yang baharu.
 
Tun-lah sebagaimana diakuinya sendiri adalah kuda tunggangan DAP bagi memungkinkan DAP berkuasa.
 
"Tunggang Tun Mah untuk korbankan si ayam (Najib)" kata "Superman" DAP dalam satu ceramah DAP di Alor Setar Jumaat lepas.
 
Janganlah izinkan dibuka pintu pagar bagi menaikkan mereka yang mahu merobah status quo agama, bangsa dan negara yang ada.

Islam tidak tahu apa masa depannya jika terkabul cita-cita DAP itu. Demi nasib dan masa depan ummah bukan hanya BN malah DAP, Tun dan PH bersekali perlu dikuburkan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. - HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: