HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Mac 2018

Indonesia sita kapal mewah Jho Low yang dicari pendakwaraya AS

THE MALAYSIAN INSIGHT

Indonesia sita kapal mewah Jho Low yang dicari pendakwaraya AS
Kapal layar mewah Equanimity sebelum ini pernah dilaporkan berlabuh di beberapa lokasi percutian popular dan pusat peranginan tepi pantai.– Gambar Youtube
 
PIHAK berkuasa Indonesia hari ini merampas sebuah kapal layar mewah di pulau Bali yang dicari oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan siasatan rasuah berbilion dolar melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Reuters. 

"Kami telah menjalankan pemeriksaan ke atas kru kapal berkenaan sejak semalam dan kini kami mengambil tindakan kerana sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk menyita kapal berkenaan," kata pengarah jenayah ekonomi dan jenayah khas biro siasatan jenayah Indonesia Agung Setya kepada Metro TV.

Rakaman televisyen Indonesia menunjukkan pegawai polis negara itu bercakap dengan kru kapal berkenaan.

Kapal Equanimity bernilai AS$260 juta (RM800 juta) itu didakwa dibeli oleh bekas penasihat tidak rasmi 1MDB, Jho Low dan yang disyaki DoJ sebagai dalang dalam skim untuk mencuri dari dana pelaburan negara.

Ia boleh menempatkan 26 tetamu dan 33 kru kapal serta memiliki sebuah pad pendaratan helikopter.

Pada 23 Oktober tahun lalu, kapal berkenaan dilihat berlabuh di perairan utara Aceh, Indonesia.

Malaysiakini melaporkan, laman web pangkalan data marin Marine Traffic merekodkan kapal Equanimity berlabuh di Sabang, sebuah pekan yang popular dengan aktiviti selam skuba di Pulau Weh, barat laut Sumatera.

Kapal berkenaan sebelum ini turut dilaporkan berlabuh di beberapa pusat peranginan pantai dan destinasi percutian pulau.

Laporan The Australian pada Disember berkata Low telah meluangkan masa antara Equanimity dan hotel mewah di Shanghai.

Sasaran utama siasatan antarabangsa ke atas 1MDB itu telah berlayar Asia Tenggara, dengan berhenti di Kemboja, Thailand, Bali dan beberapa pulau terkecil di Indonesia, dalam enam bulan terakhir.

"... dia boleh ditahan dan didakwa dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas siasatan antarabangsa, Low dikatakan menghabiskan masa antara Equanimity dan di Hotel Peninsula yang mewah di Shanghai, menghadap Sungai Huangpu," menurut laporan itu.

Laporan itu, yang menyebut dokumen mahkamah AS, mengatakan selain pembelian kapal mewah Equanimity, Low turut memberikan teman wanitanya, Miranda Kerr yang merupakan supermodel Australia set barang kemas berlian bernilai AS$2 juta. Kerr kemudiannya menyerahkan barang kemas itu kepada penyiasat AS.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah melancarkan siasatan jenayah ke atas dana yang didakwa dicuri dari 1MDB dan menangguhkan saman sivil yang difailkan pada dua tahun terakhir untuk melucutkan lebih dari AS$1 bilion (RM4.3 bilion) dalam bentuk hartanah dan aset lain.

Dalam kes sivil, jabatan berkenaan mendakwa antara tahun 2009 dan 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion kepunyaan 1MDB digubah oleh pegawai peringkat tinggi pelabur negeri dan sekutu mereka.

Pada bulan Jun, DoJ memfailkan saman lain untuk merampas aset AS $ 540 juta, termasuk Equanimity dan hak untuk filem Dumb and Dumber, yang dihasilkan oleh Red Granite, sebuah syarikat produksi yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.

Tiada ulasan: