PUTRAJAYA: Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1
Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari
Pekerja bagi tahun ini ditunda.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan
program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.
Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan
ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard
Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat
diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan.
Kata Riot lagi, ia mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar', yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.
Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan