Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Bagaimana Menteri Besar Selangor boleh berbangga dengan
prestasi kepimpinannya di negeri itu ketika berucap pada majlis
pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) 9 Mac lalu?
Itu soalan yang dilontarkan Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein
Isma Ismail pada ketika rakyat negeri itu menderita akibat ganguan
bekalan air, minggu lalu.
"Manifesto PH menabur pelbagai janji, sama seperti mana janji (Datuk
Seri) Mohamed Azmin (Ali) dan kerajaan PKR yang turut dianggotai oleh
DAP dan PAS bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
"Ketika mula mentadbir kerajaan, mereka dilihat hebat apabila
menjanjikan air percuma tetapi kesudahannya janji hanya tinggal janji,
rakyat Selangor menderita sekali lagi apabila bekalan air terputus,"
katanya dalam ruangan rencana, akhbar Utusan Malaysia, hari ini.
Zein juga membidas Mohamed Azmin yang terus kekal mengamalkan politik
'tuding jari' terutama dalam krisis bekalan air dengan menuduh kerajaan
pusat bertanggungjawab, sedangkan masalah itu tidak akan melanda
sekiranya kerajaan negeri tidak melengah-lengahkan pengstrukturan
semula.
Ujarnya, Timbalan Presiden PKR itu boleh sahaja mengamalkan amalan
politik 'tuding jari' namun namun rakyat semkain memahami bahawa sejak
beliau memegang mandat Menteri Besar, negeri itu 'dilumuri' pelbagai
masalah dan skandal.
"Isu perumahan rakyat tidak selesai, penjualan tanah di Ijok penuh
misteri dan terbaharu krisis pula berlaku sehingga mendatangkan
penderitaan kepada lebih dua juta penduduk Selangor," ujarnya.
Beliau turut mengambil contoh, kemelut yang melanda pasukan bola sepak
Selangor, The Red Giants yang dianaktirikan apabila dilarang bermain di
gelanggang tradisi mereka iaitu Stadium Shah Alam, dengan pelbagai
alasan.
"Sepatutnya dalam menangani isu berkaitan rakyat, Mohamed Azmin perlu
berjiwa besar sebagai pemimpin. Kehebatan seorang pemimpi bukan
terletak pada kehebatannya berhujah atau menabur janji kepada rakyat
tetapi lebih kepada memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negeri.
"Bagaimanapun keadaan itu tidak berlaku di Selangor, kerajaan negeri
lebih banyak mahu bermain politik biarpun bukan pada musim pilihan raya
dan sekarang Mohamed Azmin bersama-sama DAP dan PPBM menabur pula janji
baru menerusi manifesto yang kononnya menjanjikan harapan kepada
rakyat," tambahnya.
Sehubungan itu beliau mengharapkan rakyat tidak mudah terpengaruh
dengan janji-janji kosong yang terkandung dalam manifesto PH ekoran
hampir keseluruhannya sudah pun dilaksanakan Kerajaan Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan