KONGRES PKR | Ketua Pemuda PKR yang akan melepaskan jawatannya tahun ini menyarankan agar parti itu memberi pertimbangan supaya mengkaji semula sistem pemilihan parti.
Kata Nik Nazmi Nik Ahmad sebaiknya sistem satu parti satu ahli hanya dilaksanakan bagi memilih pemimpin atasan PKR manakala bagi jawatan lain ditentukan melalui perwakilan.
"Saya harap apabila Anwar Ibrahim berkata kita akan mengkaji semula sistem pemilihan, mungkin hanya jawatan tertinggi seperti presiden, timbalan presiden dan naib presiden dipilih melalui sistem satu ahli satu undi.
"Selebihnya kita cuma kekalkan siste perwakilan," katanya.
Nik Nazmi yang juga anggota parlimen Setiawangsa menambah tiada mana-mana parti di dalam dunia ini melaksanakan sistem satu ahli satu undi untuk memilih barisan pimpinan semua peringkat.
"Mereka (parti lain) hanya menggunakan cara ini untuk memilih pemimpin tertinggi.
"Tidak ada parti lain seberani PKR," katanya.
Nik Nazmi berkata demikian semasa berucap di Konvensyen PKR ke-13 di Shah Alam hari ini.
Katanya semua pihak tidak berpuas hati dengan pelbagai masalah dan kelemahan yang berlaku sepanjang proses pemilihan kali ini berlangsung.
Katanya kaedah itu tidak praktikal kerana anggota parti dikehendaki mengundi bagi menentukan kedudukan seseorang dalam jawatannya.
Keadaan itu katanya menyebabkan terlalu banyak undi yang perlu dikira.
"Saya katakan bahawa wanita adalah anggota paling berpengaruh dalam mana-mana parti politik di dunia kerana mereka mempunyai banyak undi.
"Tetapi ia menjadi tidak praktikal apabila terdapat terlalu banyak undi untuk dikira," tegasnya.
Sebelum ini pengundian untuk memilih pemimpin dalam PKR hanya dilakukan oleh perwakilan dari setiap cabang namun parti itu mengubah sistemnnya dengan membenarkan semua ahli berdaftar mengundi.
Ia mula dilakukan sejak 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan