KUANTAN - Pindaan beberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej
Universiti (Auku) 1971 perlu dilakukan secara menyeluruh oleh kerajaan
PH sebelum ia dimuktamadkan.
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, cadangan untuk menilai semula keberkesanan Auku di sambut baik di dalam membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang peka terhadap perkembangan semasa negara serta rakyat.
“Ia perlu dinilai secara menyeluruh bukan sekadar memberi kebebasan untuk berpolitik atau berpesatuan semata-mata, tetapi harus menilai kesan kepada akidah bagi yang beragama Islam,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan beberapa akta dalam Auku akan dipinda dan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Disember ini.
Menurutnya, pindaan itu membabitkan kebebasan pelajar untuk berpolitik, pengawalan pihak universiti terhadap aktiviti pelajar dan membolehkan setiap universiti menubuhkan kesatuan pelajar.
Menyentuh mengenai isu itu, Andansura berkata, beri ruang kepada anak-anak muda di universiti untuk terlibat dalam politik.
Jelasnya, ini kerana ia bersesuaian dengan keadaan semasa pada hari ini.
“Cuma kalau boleh beri ruang yang adil kepada semua pihak bukan hanya sekadar parti tertentu sahaja,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cawangan parti boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda]
[ARTIKEL BERKAITAN: PM tak setuju cadangan Dr Maszlee]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan