HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 Januari 2019

9 hari bicara petisyen pilihan raya Parlimen Tasek Gelugor

Peguam Marzuki, Haniff Khatri (kiri) dan Muhammad Rafique 
Rashid Ali (tengah) bersama peguam Shabudin Yahaya, Simon 
Tan (kanan) di satu prosiding mahkamah awal bulan ini. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Petisyen pilihan raya memohon kiraan semula undi di Parlimen Tasek Gelugor yang dimohon calon PPBM, Marzuki Yahya akan dibcarakan sekali lagi dengan 5 saksi dijangka memberi keterangan.

Peguam Marzuki, Haniff Khatri Abdulla berkata Hakim Hashim Hamzah membuat keputusan itu di kamar pagi tadi dan menetapkan 9 hari untuk bicara dari 25 Februari hingga 1 Mac, dan 12 Mac hingga 15 Mac.

Haniff memberitahu pemberita mahkamah akan bersidang semula untuk pengurusan kes pada 15 Februari di mana semua dokumen berkaitan akan diserah.

Beliau berkata Marzuki juga akan memberi keterangan.

Marzuki membuat petisyen meminta kiraan semual undi selepas calon Barisan Nasional, Datuk Shabudin Yahaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 81 undi.

Haniff bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran Borang 14 yang dibawa ke mahkamah pada 2 Januari lalu.

Borang itu, yang menjadualkan jumlah-jumlah undi dari setiap daerah mengundi, dibawa ke mahkamah atas permintaan peguam Marzuki.

Peguam semua pihak terlibat bersumpah butiran berkaitan borang itu akan dirahsiakan sehingga perbicaraan bermula.

Petisyen Marzuki pada awalnya ditolak Mahkamah Pilihan Raya atas sebab teknikal. Beliau bagaimanapun merayu di Mahkamah Persekutuan yang mengarahkan perbicaraan semula.

Kes petisyen pilihan raya dirayu terus ke mahkamah tertinggi negara.Marzuki, yang dilantik sebagai timbalan menteri luar negeri selepas dijadikan senator, membuat petisyen meminta 689 undi rosak dan 297 undi pos yang tidak dipulangkan dikira semula.

Beliau meraih 18,466 undi pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu, manakala Shabudin meraih 18,547 undi dan calon PAS, Rizal Hafiz Ruslan meraih 14,891 undi.

Tiada ulasan: