WAWANCARA l Tanggal 29 November tahun lalu, negara menerima berita gembira apabila irama Dondang Sayang diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).
Dondang
Sayang merupakan kesenian kedua dari Malaysia yang berjaya diiktiraf
dalam senarai tersebut selepas teater tradisional Mak Yong.
Bagi
salah seorang penggiat Mak Yong, Rosnan Rahman, jalan tengah perlu
diambil bagi membolehkan kesenian tersebut kembali dipentaskan di
Kelantan.
Rundingan dengan kerajaan Kelantan
“Pada saya, asalkan Mak Yong dapat kembali ke negerinya, lagunya dapat dipersembahkan, karya dan cerita-cerita tentang Mak Yong dapat disampaikan kepada khalayak muda atau generasi baru di pentas terbuka, itu dah menjadi satu kejayaan kepada kami sebagai penggiat.
“Untuk memastikan perkara itu berjaya, kita kena ada jalan tengah. Perlu ada berunding dengan pihak sana (kerajaan Kelantan)," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Rosnan merupakan merupakan satu-satunya penggiat Mak Yong lelaki yang masih aktif di negara ini memainkan peranan Pak Yong.
Pak Yong ialah watak raja dalam kesenian Mak Yong yang boleh dimainkan oleh pemeran lelaki atau wanita.
Terengganu kuat kuasa garis panduan
Garis
panduan seumpamanya turut dikuatkuasakan di Terengganu seperti
diumumkan pada 3 Oktober tahun lalu yang menyaksikan makyung bersama
beberapa kesenian tradisional seperti Ulik Mayang,
Rodat, Mandi Safar,
Main Puteri, tarian Saba, tarian Balai tidak dibenarkan di negeri itu
kerana berunsurkan pemujaan atau menyalahi akidah, melainkan
pengubahsuaian yang sepatutnya dibuat ke atas kesenian tersebut.
Ritual 'buka panggung'
Mengulas lanjut tentang pengharaman Mak Yong, Rosnan berkata, ada beberapa elemen dalam Mak Yong yang menyebabkan ia diharamkan.
Menurutnya, antara unsur itu berkaitan percampuran lelaki dan perempuan, serta pemain lelaki yang memakai pakaian perempuan.
Bagaimanapun, beliau berpandangan dakwaan tersebut timbul kerana salah faham terhadap kesenian Mak Yong.
“Ritual itu dimulakan dengan pujian kepada Allah dan (Nabi) Muhammad, diselang-selikan dengan pantun dan ada mantera yang tidaklah ada pemujaan memanggil jin atau hantu.
“Cuma ada sajian pulut kuning (gambar), itu sebagai adat, bukan untuk jamu hantu. Macam kita habis khatam al-Quran pun buat pulut kuning.
Mak Yong ikut Dikir Barat?
Beliau memberikan contoh ritual buka panggung boleh digantikan dengan acara membaca doa selamat, selain persembahan Mak Yong di Kelantan boleh memilih babak yang hanya melibatkan pelakon lelaki bagi mengelakkan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan.
Dua tahun lalu, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad (gambar) pernah menyatakan bahawa pengharaman terhadap Mak Yong boleh ditarik balik dengan syarat segala unsur yang bertentangan dengan Islam dibuang, seperti yang dilakukan terhadap Dikir Barat.
Seperti
Mak Yong, Dikir Barat pernah diharamkan oleh kerajaan negeri Kelantan
suatu ketika dulu sebelum dibenarkan semula pada 2010 setelah lirik
lucah dan mencarut tidak lagi digunakan selain tempat penonton lelaki
dan perempuan diasingkan, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada September 2010.
“Saya rasa agak sedihlah. Mak Yong diangkat di luar, tapi di tempat sendiri tak dipandang, sedangkan ia satu-satunya kesenian Melayu dan Malaysia yang dapat pengiktirafan (Unesco) warisan dunia sebelum Dondang Sayang.
“Kita bawa ke luar negara pun kita rasa bangga (kerana) orang luar pun ternanti-nanti nak tengok.
"Tetapi apabila orang luar datang ke Malaysia, mereka tak tahu hendak tengok di mana.
“Harapan saya, sebelum saya berundur diri daripada kesenian ini, saya dapatlah tengok Mak Yong kembali aktif di negeri Kelantan,” katanya yang sedang mempersiapkan beberapa artis budaya di Istana Budaya untuk menjadi pelapis dalam kesenian tradisional itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan