KANGAR — Mufti Perlis menegaskan himpunan bantahan sekumpulan
imam berikutan pemecatan mereka tidak akan “kembalikan semula jawatan”.
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan tersebut dibuat gara-gara elaun, bukan soal “isu qunut, zikir dan sebagainya”, lapor Utusan Online.
“Himpunan itu tidak dapat mengembalikan semula jawatan kesemua imam yang ditamatkan kontrak itu,” katanya.
Kira-kira 150 orang jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab dekat sini semalam berhimpun selepas solat Jumaat bagi membantah pemecatan imam.
Kelmarin, Jaips memecat 25 imam manakala 10 lagi ditukar melalui surat bertarikh 31 Disember 2018.-MalayMail
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan tersebut dibuat gara-gara elaun, bukan soal “isu qunut, zikir dan sebagainya”, lapor Utusan Online.
“Himpunan itu tidak dapat mengembalikan semula jawatan kesemua imam yang ditamatkan kontrak itu,” katanya.
Kira-kira 150 orang jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab dekat sini semalam berhimpun selepas solat Jumaat bagi membantah pemecatan imam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan