Bayaran pembiayaan pinjaman kepada usahawan negeri ini di
bawah skim mikrokredit Hijrah Selangor, akan diselesaikan penghujung
bulan ini, kata Pengerusi Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Datuk
Mansor Othman.
"Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pengeluaran bayaran pembiayaan bagi permohonan yang tertangguh akan diselesaikan selewat-lewatnya pada penghujung Januari 2019.
“Kerajaan negeri melalui perlaksanaan mikrokredit yang dilaksanakan Hijrah Selangor tetap komited dalam pembangunan usahawan negeri Selangor terutama sekali dalam membantu peniaga kecil dan dalam menangani isu kemiskinan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kelmarin kira-kira 15 individu mewakili 107 usahawan Melayu cawangan Petaling Jaya Utara, menggesa kerajaan negeri Selangor menyegerakan pembayaran pinjaman Hijrah Selangor.
Wakil mereka yang juga Presiden Usahawan Kuala Lumpur, Shazlan Bashar berkata kegagalan mengaturkan bayaran pinjaman itu berlaku selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14, pada Mei tahun lepas, walaupun pinjaman mereka telah diluluskan.--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan