SHAH ALAM: Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) mensasarkan pertambahan anggotanya mencecah
sehingga 500,000 orang menjelang akhir tahun ini.
Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya berkata pihaknya positif jumlah itu dapat dicapai berikutan wujudkan keyakinan dalam kalangan rakyat terhadap parti yang dipimpin Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
"Setiap hari Bersatu tidak putus menerima anggota...selepas ini ada rakyat dari negeri Johor, Perlis serta Kelantan akan turut menyerahkan borang keanggotaan (Bersatu) kepada kita.

" Sebagai anggota majlis tertinggi, saya terima mana-mana pihak yang
ingin memohon untuk menyertai parti ini," katanya kepada pemberita.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik perdana menteri berkata demikian selepas menerima borang keanggotaan Bersatu yang diserahkan 60 bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Selangor, pada Rabu.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz yang mempertikaikan tindakan Bersatu menerima bekas kakitangan jabatan tersebut dan menganggap ia sekadar untuk mengukuhkan parti itu, Abu Bakar berkata pihaknya terbuka menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Bersatu.
"Mereka ini bukan lagi kakitangan Jasa, Jasa pun sudah tidak wujud lagi. Jadi mereka ini bebas untuk memilih mana-mana parti politik dalam negara.
"Selain sokongan kepada Tun Mahathir, mereka ini sokong Bersatu kerana kita parti berteraskan Melayu," katanya.
Sementara itu, seorang wakil bekas kakitangan Jasa, Aldita Aladin berkata kemasukan mereka ke dalam Bersatu tidak didorang mana-mana pihak sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan kerajaan hari ini.
"Kita beri komitmen pada 'government of the day' seperti mana kita pernah buat pada kepimpinan kerajaan terdahulu... kita harap dengan tindakan ini kita juga boleh menyuarakan pandangan kita sebagai rakyat.
"Ini secara tidak langsung boleh membantu kerajaan hari ini dalam pembangunan rakyat dan negara," katanya. -- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan