PARTI Islam Se-Malaysia
(PAS) Sabah menggesa supaya pihak berkuasa menubuhkan Pasukan Bomba
Bantuan sebagai salah satu cara membantu pihak berkuasa mengurangkan
risiko kebakaran.
Sebagaimana pihak berkuasa boleh
menubuhkan Jawatankuasa Rukun Tetangga bagi membantu pihak berkuasa di
kawasan-kawasan kampung dan taman perumahan, saya kira format ini boleh
juga dibawa ke kawasan setinggan dan perumahan sementara.
Dalam banyak siri kebakaran yang berlaku
di Sabah, saya dapati kebanyakannya akibat daripada kesukaran pihak
bomba untuk masuk ke kawasan penempatan tersebut ataupun di kawasan
tersebut tidak terdapat perkhidmatan bomba seperti yang berlaku
baru-baru ini di Kg Perpaduan, Pulau Banggi.
Saya kira kerajaan hanya mengeluarkan
perbelanjaan yang minima untuk mewujudkan pasukan bomba bantuan ini.
Perkara yang penting ialah latihan kemahiran dan fasiliti asas kepada
pasukan tersebut sekiranya berlaku bencana kebakaran.
Sebagai permulaan, saya cadangkan
kerajaan boleh memilih beberapa kawasan setinggan atau penempatan
sementara sebagai kawasan rintis. Saya penuh yakin ini boleh menjadi
sebagai salah satu cara bagi mengurangkan kesan negatif terhadap bencana
kebakaran ini.
*MOHD AMINUDDIN ALING, Pesuruhjaya PAS Sabah- HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan