Presiden Parti Reformasi Negeri, Lina Soo membidas menteri kewangan
Lim Guan Eng yang menyatakan kerajaan Sarawak masih berhutang lebih
RM2.5 bilion dengan kerajaan persekutuan dan tunggakan RM50 juta.
Lina berkata Lim sepatutnya mengikut prosedur apabila meminta kerajaan Sarawak membayar balik hutang kepada kerajaan persekutuan dan bukannya mengeluarkan kenyataan media.
"Ini adalah keterlaluan kerana Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Rahman Hamzah hanya meminta hasil cukai pelancongan dari Sarawak seperti yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan," kata Soo seperti dilapor The Malay Mail.
Lim semalam menempelak kenyataan Abdul Karim yang mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM2.7 juta kepada Sarawak dalam bentuk hasil cukai tersebut.
Sebaliknya, dalam satu kenyataan, Lim mempersoalkan kembali situasi kewangan Sarawak.
“Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta.
“Memandangkan
negeri Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar, mengapa pula tidak
langsaikan hutang kepada kerajaan Persekutuan?” soalnya.
Soo, bagaimanapun membidas Lim dan mendakwa tindakan itu hanya menunjukkan keangkuhan menteri persekutuan.
Beliau mengingatkan sebahagian besar hasil minyak dan gas dari Sarawak dan Sabah telah digunakan untuk membiayai projek infrastruktur mega di semenanjung Malaysia.
Menurut The Malay Mail, Soo juga mengingatkan Lim mengenai janji pilihan raya Pakatan Harapan untuk menyerahkan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus hasil cukai dikembalikan ke Sarawak.
"Orang-orang Sarawak telah ditipu oleh janji-janji palsu," katanya yang menuntut Lim meminta maaf kepada rakyat Sarawak kerana memungkiri janji pilihan raya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan