WAKTU permulaan PAS saman Sarawak Report,
bukan PAS tidak menyedari bahawa kosnya terlalu tinggi, ini kerana
saman tersebut di Mahkamah London dan peguamnya berada di United
Kingdom.
Setelah PAS diburukkan dengan fitnah
kononnya mengambil wang RM90 juta yang kononnya dimasukkan ke dalam
akaun PAS, atas desakan ahli-ahli dan penyokong yang cintakan PAS, PAS
ambil keputusan untuk saman Sarawak Report atas tuduhan tersebut dengan kos yang sememangnya sangat tinggi.
Mahkamah Tinggi London awal tahun lalu mengetepikan pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown dan memerintahkan editor Sarawak Report
itu membayar hampir £29,000 (lebih kurang RM156 000) kepada Dato' Seri
Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang menang semua lima permohonan
interlokutori terhadapnya.
Ada yang bertanya ke mana duit dari
kemenangan lima interlokutari tersebut?, RM156 000 berapalah sangat
kalau nak dibandingkan dengan kos yang berkemungkinan mencecah sehingga
RM5-6 juta, namun walaupun dengan kos yang sebegitu tinggi PAS tetap
akan meneruskan samannya terhadap editor Sarawak Report.
Tuduhan dan fitnah ini sangat merobek
jiwa ahli dan penyokong PAS, sehingga menimbulkan pertanyaan "jika betul
PAS tidak ambil duit RM90 juta, mengapa tidak saman?" dan pertanyaan
ini jugalah yang ditimbulkan oleh musuh pemfitnah PAS bagi tujuan supaya
ahli dan penyokong PAS ragu terhadap PAS.
Setelah PAS menafikan, musuh tetap dengan fitnahnya, maka saman Sarawak Report
adalah sebaik-baik cara untuk menutup mulut busuk pemfitnah dan
sekarang telah pun berjalan dengan kos yang begitu tinggi dengan
keyakinan bahawa ahli dan penyokong PAS yang cintakan perjuangan Islam
dan memiliki semangat pengorbanan yang tinggi itu akan membantu untuk
menampung kos saman Sarawak Report tersebut.
Hanya Allah sebaik-baik tempat kita
memohon pertolongan disertai dengan doa dan harapan, diiringi dengan
pengorbanan, InsyaAllah ahli-ahli dan penyokong PAS mampu untuk
menampung kos saman Sarawak Report ini dan seteruskan diberikan kemenangan di dalam kes saman ini, InsyaAllah.
"Teruskan Menyumbang"
"Islam Memimpin"
Catatan USTAZ ROSLI ABDUL JABAR - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan