HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Januari 2019

KPKT: Denda berat terhadap operasi sisa plastik haram

KEADILAN DAILY

a30d7a08-b86f-4f75-a2c5-c5aa7473f883

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan denda lebih berat bagi mencegah operasi sisa plastik secara haram.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata denda RM300 sekarang tidak berbaloi untuk industri tersebut yang bernilai berbilion ringgit.

“Jika beroperasi secara haram, denda di sisi undang-undang adalah RM300 untuk kesalahan pertama, dan RM300 lagi untuk kesalahan kedua – apalah sangat untuk perniagaan yang bernilai RM30 bilion?” katanya selepas syarahan umum tentang pengurusan sisa plastik di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, KPKT juga mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran dan yuran ke atas setiap tan sisa plastik yang diimport memandangkan kini syarikat-syarikat hanya perlu membayar lesen kepada majlis perbandaran.

Menurutnya lagi, berbeza dengan tanggapan umum, Putrajaya sebenarnya tidak membenarkan aktiviti import plastik kotor mentah ke dalam negara.

Sebaliknya, Malaysia hanya mengimport plastik dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Eropah, lapor MalayMail Online.

Tiada ulasan: