HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 Januari 2019

Lambang Salib Memang Syiar Kristian – ISMA


Pancaran lampu berbentuk lambang salib gergasi terpampang di sebuah apartmen di Jelutong, Pulau Pinang dedahkan wujud syiar agama Kristian di negeri itu secara terang-terangan.

Sehubungan itu, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berharap isu sensitif berkenaan tidak dipandang remeh oleh mana-mana pihak.

Katanya, salah satu tanda identiti agama mana-mana negara atau negeri adalah syiar yang menonjol di tempat berkenaan dan itulah yang cuba ditonjol menerusi bangunan kediaman Grace Residence setinggi 44 tingkat itu.



“Jelas, gambar salib yang terpampang pada bangunan di Pulau Pinang adalah syiar agama Kristian. Jadi, mengangkat lambang salib pada bangunan itu membawa maksud Pulau Pinang adalah negeri Kristian.

“Justeru, isu salib ini tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak,” kata Abdullah Zaik kepada portal Ismaweb.net sebagai mengulas teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Beliau menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook Jabatan Mufti Pulau Pinang, menyeru pihak pemaju ubah kedudukan lampu di bangunan itu agar tidak cetus provokasi kepada umat Islam. – Agensi/Mynewshub.TV

MR :  Mereka mencari alasan untuk menyebarkan syiar mereka di negara ini... tapi malang ada pemipin PH Islam masih bodoh dan buta

Tiada ulasan: