Lawatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Cameron Highlands. Memandangkan anggota kabinet dilarang untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil, kita ingin bertanya Lim Guan Eng perkara-perkara berikut:
1. Adakah Lim Guan Eng mengambil cuti untuk lawatan ini? Sekiranya tidak, beliau telah menggunakan gaji Menteri semasa berkempen.
2. Adakah Lim Guan Eng menggunakan kereta sendiri dan memandu sendiri keretanya ke Cameron Highlands? Sekiranya tidak, beliau telah menyalah guna aset Kerajaan.
3. Adakah Lim Guan Eng telah dan akan menuntut semula perbelanjaannya di Cameron Highlands atas kapasiti Menteri Kewangan mengadakan lawatan? Sekiranya ya, beliau telah menyalah gunakan kuasa.
4. Lim Guan Eng hendaklah menghentikan tindakan mengugut pengundi-pengundi Caneron Highlands. Sekiranya betul hendak buat pembangunan di sini, tunjuklah apa projek-projek yang bakal dilaksanakan dan apa manfaat yang rakyat bakal dapat. Jangan main ugut.
Jangan marah ya. CTS tanya saja.
Sumber http://khairulryezal.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan