MIC Wilayah Persekutuan hari ini mendesak Menteri Sumber Manusia M
Kulasegaran supaya memberi tekanan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN)
selepas polis dikatakan masih gagal mengesan lokasi anak perempuan dan
bekas suami Indira Gandhi.
Pengerusi Badan Perhubungan Wilayah
Persekutuan, S Rajah berkata Kulasegaran juga perlu meletakkan
jawatannya sebagai menteri jika pihak polis terus gagal mengesan anak
gadis Indira walaupun sudah lebih setahun selepas keputusan Mahkamah
Persekutuan.
"Saya faham bahawa Kulasegaran bukanlah Menteri KDN.
Tetapi, ia tidak boleh menjadi satu sebab kepada beliau terlepas
daripada tugasnya.
“Beliau masih boleh menekan menteri KDN yang juga rakan sejawatnya untuk mengesan anak gadis Indira Gandhi.
"Beliau
sepatutnya mengambil peluang di mesyuarat kabinet dengan membawa isu
Indira Gandhi bagi mendapatkan keadilan kepada perjuangan Indira Gandhi
yang berjuang sejak tahun 2010," katanya kepada pemberita di PutraJaya,
hari ini.
Kata Rajah, sebelum ini, Kulasegaran selaku peguam Indira Gandhi sentiasa mengkritik kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan.
"Hampir setiap kali, adanya kes Indira Gandhi, Kulasegaran tidak pernah terhenti menuduh kerajaan BN dan pihak polis.
“Tetapi, setahu saya tidak ada kenyataan daripada Kulasegaran selepas menjadi menteri," katanya.
Sekadar untuk publisiti
Beliau
turut mendakwa segala perjuangan Kulasegaran dalam kes ini hanya
sekadar untuk publisiti dan mencabar pemimpin DAP itu supaya tidak lagi
mengambil sikap berdiam diri.
Isnin lalu, Ketua Polis Negara,
Mohamad Fuzi Harun mengakui pihak polis masih gagal mengesan lokasi anak
perempuan dan bekas suami Indira Gandhi.
Laporan Malay Mail,
memetiknya sebagai berkata pelbagai rayuan dan permohonan polis dibuat
untuk mendapatkan maklumat bagi mengesan Prasana Diksa yang berusia 10
tahun dan ayahnya, Muhammad Riduan Abdullah.
Malah, kata Fuzi,
pengarah CID pada sidang akhbarnya turut merayu kepada orang ramai untuk
tampil dengan sebarang maklumat mengenai bekas suami dan anak perempuan
Indira Gandhi, tetapi sehingga kini tiada siapa yang tampil.
Beliau berkata, pencarian akan berterusan kerana ini adalah perintah mahkamah yang diberikan kepada pihak.
Bagaimanapun, Rajah menolak kenyataan polis itu sebagai kurang ikhlas.
"Secara
umum, rakyat Malaysia tidak percaya bahawa pihak polis tidak dapat
mengesan Ridhuan dan anaknya. Ini boleh dilihat di media sosial dimana
netizen mengkritik tindakan polis mencari Riduan dan anaknya sebagai
tidak bersungguh-sungguh dan sebagainya.
"Malah, saya sendiri
mempunyai soalan, bagaimana pihak polis boleh mengesan pemimpin Umno
Jamal Md Yunus yang sembunyi di Indonesia dalam masa beberapa hari,
tetapi gagal dalam kes anak gadis Indira Gandhi?
Rajah turut menggesa Kulasegaran supaya mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan situasi terkini kes Indira Gandhi.
"Kes ini sangat penting kepada rakyat kita, khususnya kepada ibu bapa yang berlainan agama," katanya.
Perbicaraan yang berpanjangan
Prasana
dibawa lari kira-kira 10 tahun lalu oleh Riduan, seorang mualaf sebelum
ini dikenali sebagai K Patmanathan, setelah dia secara satu pihak
menukar agama semua anak-anaknya kepada Islam pada tahun 2009. Prasana
ketika itu hanya berumur 11 bulan.
Ini
mencetuskan perbicaraan yang berpanjangan melibatkan kedua-dua mahkamah
syariah dan mahkamah sivil. Mahkamah Tinggi kemudian pada tahun 2014
mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan.
Ini disusuli dengan
keputusan Mahkamah Persekutuan tahun lalu yang membatalkan penukaran
ketiga-tiga anak-anak Indira kepada Islam, dan memutuskan bahawa
kebenaran diperlukan dari kedua-dua ibu dan bapa sebelum agama seseorang
anak itu boleh diubah.
Walau bagaimanapun, tidak ada kesan
kanak-kanak itu mahu pun bekas suami Indira. Dalam surat terbuka emosi
yang diterbitkan November lalu, Indira memohon kemas kini maklumat
mengenai anak perempuannya daripada Fuzi dan kerajaan Pakatan Harapan.
"Di
mana mereka? Adakah Prasana hidup? Adakah dia sihat? Sebaga
i ibunya,
saya tidak tahu perkara-perkara ini yang sepatutnya saya tahu kerana
kenapa pihak berkuasa belum memberitahu saya apa-apa mengenainya.
"Malaysia
baru buat saya adalah hari anak perempuan saya dikembalikan. Jadi
kepada IGP dan kerajaan PH, berapa lama lagi?" petik suratnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan