HALAMAN SANTAI

Isnin, 7 Januari 2019

Pemuda Umno: Polis mesti bertindak terhadap lelaki biadap hina Agong

MALAYSIAKINI

   

Pemuda Umno mendesak pihak polis mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang membuat hantaran di Facebook, yang didakwa menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ulasan itu dibuat berhubung laporan berita semalam mengenai tindakan Sultan Muhammad V yang turun takhtha sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dususki, ulasan yang mengaitkan tindakan itu dengan dakwaan Seri Paduka “sibuk berzina” adalah satu "bentuk penghinaan dan fitnah".

“Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras.

“Mohon semua dapat bersama membuat laporan polis di samping menularkan di FB dan media-media sosial agar segera diambil peduli dan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

 Berikutan bidasan dan kecaman, lelaki, yang bekerja sebagai seorang pengurus pembangunan perniagaan, mengakui beliau telah membuat komen yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

"Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

"Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya," katanya.

LIHAT FB DI SINI


Tiada ulasan: