CAMERON HIGHLANDS:
Penyokong Pakatan Harapan (PH) bertikam lidah dengan penyokong BN
selepas selesai penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Cameron Highlands, di sini hari ini.
Para penyokong PH melaungkan perkataan ‘perasuah’ dan menunjukkan duit kepada penyokong Umno.
Walau bagaimanapun, ejekan tersebut dibalas dengan perkataan ‘penipu dan hancing’ oleh penyokong Umno.
Suara sorakan kedua-dua belah pihak
menggamatkan suasana di luar pekarangan pusat penamaan calon di Dewan
Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah.
Suasana tersebut masih terkawal dan
tiada provokasi yang tidak diingini berlaku kerana kedudukan dua belah
pihak itu diasingkan oleh pihak berkuasa.
Pujian harus diberikan kepada Polis
Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengawal perjalanan penamaan calon PRK
itu dengan baik dan lancar. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan