Suspek berumur 31 tahun dan berasal dari Petaling Jaya, ditahan dalam satu serbuan di sebuah restoran di Sri Gombak, Selangor, pada jam 7.15 malam tadi.
"Kita tahan suspek selepas menerima laporan polis daripada Pegawai Penyelaras Keselamatan Tengku Abdullah, selepas mendapat titah Tengku Abdullah untuk membuat laporan berkenaan pada 28 Disember lalu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof.
Menurutnya, hasil serbuan itu, polis turut merampas satu syiling emas tertera potret Sultan Ahmad Shah, satu syiling emas Tengku Abdullah tertera jata negeri Pahang, serta buku katalog.
Perjumpaan itu dipercayai dirancang bagi memperoleh kebenaran menjalankan perniagaan menjual syiling emas itu.
"Kos pembuatan syiling emas dianggarkan RM8,000 setiap satu. Ia dipercayai untuk dijual pada harga RM18,888.
"Kita masih lagi mengesan seorang lagi suspek bergelar Datuk, dipercayai rakan suspek, bagi membantu siasatan berhubung kegiatan membuat syiling emas itu.
"Siasatan juga mendapati suspek dipercayai cuba melakukan penipuan melalui pembuatan syiling emas ini sebelum dijual kepada orang ramai," kata Mohd Wazir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan