HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 Januari 2019

Ros batalkan pendaftaran MyPPP

Kasthuri Jeevendran
 x13055518_1028710473875178_5313982520084028843_n-681x395




CAMERON HIGHLANDS – MyPPP telah dibatalkan pendaftaran berkuatkuasa bermula hari ini oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Malaysia Gazette difahamkan, pembatalan itu dilakukan selepas tempoh diberikan kepada kedua-dua pihak bersengketa dalam parti itu mengenai siapa sebenarnya yang layak menerajuinya.

Malah walaupun tempoh telah diberikan namun tidak ada sebarang kata putus telah dibuat malah kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan Tan Sri M. Kavyeas dan Datuk Seri Maglin D. Cruz.

Kedua-duanya tidak beralah menyebabkan pendaftarannya terpaksa dibatalkan pada pukul 4 petang tadi.

Pembatalan tersebut telah dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Masyati Abang Ibrahim kepada parti melalui kiriman surat rasmi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: