Pelakon,
Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaan Pasaraya ST
Rosyam Mart Sdn. Bhd. di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
KUALA LUMPUR – Pelakon, pengarah dan usahawan Rosyam Nor menegaskan
beliau bukan duta kepada pasaraya ST Rosyam Mart seperti mana yang tular
di laman media sosial sejak Rabu lalu.
Sebaliknya Rosyam berkata, beliau sebenarnya adalah salah seorang
daripada pemegang kepentingan dalam perniagaan peruncitan itu dengan
pemilikan 10 peratus saham.
Sehubungan itu, dakwaan yang mengatakan selebriti itu sebagai duta adalah tidak benar.
“(Jadi) Duta itu tidak benar kerana saya pemegang saham sebanyak 10
peratus dalam ST Rosyam Mart dan orang mula mempertikaikan dengan
mengatakan saya digunakan oleh Datuk Raymond dan Seri Ternak Group untuk
menggunakan nama Rosyam Nor.
“Ini adalah perniagaan dan semua orang dah nampak dalam SSM saya
bukan duta, saya mempunyai 10 peratus (saham) dan ini sebagai permulaan
kerana modal keseluruhan untuk membuka ST Rosyam Mart sebanyak RM20
juta.
“Saya berlakon sudah 36 tahun, untuk mengeluarkan 50 peratus modal,
saya memerlukan RM10 juta, di mana saya nak mendapat duit sebanyak itu?
“Alhamdulillah dengan kepercayaan Datuk Raymond Ho dan Wah Ah Chai
memberi peluang kepada saya dan ia terbuka jika selepas ini saya ada
modal yang lebih, saya akan membeli saham saya sedikit demi sedikit,”
katanya pada sidang media di pejabat urusan ST Rosyam Mart di Taman
Setiawangsa, di sini, hari ini. Pelakon,
Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaan Pasaraya ST
Rosyam Mart Sdn. Bhd. di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa,
Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
Sebelum ini, tular di laman media sosial mendakwa Rosyam menjadi duta
kepada Syarikat Kumpulan Seri Ternak sehingga tertubuhkan pasaraya ST
Rosyam Mart.
Dakwaan yang menggunakan akaun Facebook palsu itu juga mendakwa
selebriti berusia 51 tahun itu dipergunakan oleh usahawan Cina dengan
menggunakan namanya untuk menarik pelanggan khususnya orang Melayu
Islam.
Rosyam juga berkata, Raymond dan adiknya, Ho Cheng Yek merupakan
rakan kongsinya dalam ST Rosyam Mart, masing-masing 89 peratus dan satu
peratus. Pelakon,
Datuk Rosyam Nor bercakap pada sidang media berkenaanPasaraya ST
Rosyam Mart Sdn. Bhd. sambil ditemani Pengerusi Sri Ternak, Ho Ah Chai
(kiri) di Pejabat ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto
FAREEZ FADZIL
Beliau juga menafikan dakwaan mengatakan beliau mempunyai pegangan
saham dalam Syarikat Kumpulan Seri Ternak susulan nama pasaraya itu
diletakkan dengan singkatan ST.
“Saya tidak terlibat secara rakan kongsi dalam Syarikat Kumpulan Seri
Ternak, tapi saya hanya terbabit dalam ST Rosyam Mart sebagai pemegang
saham sahaja.
“Syarikat Kumpulan Seri Ternak sebenar sudah 70 tahun,(diwarisi Wah
Ah Chai) daripada emak dalam perniagaan ini (peruncitan),” katanya.
Katanya lagi, penglibatannya sebagai pemegang saham ST Rosyam Mart
sebenarnya adalah peluang kepada orang Melayu dalam bidang peruncitan
yang sejak puluhan tahun dikuasai oleh kaum Cina.
“Kalau bercakap soal isu 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam
Mart, semua orang tahu seorang pelakon di Malaysia tidak mempunyai
ekonomi begitu besar, kalau berlakon di Hollywood lainlah, banyak duit.
“Tapi peluang yang diberikan selama dua tahun berturut-turut oleh
Syarikat Kumpulan Seri Ternak akhirnya mereka memberikan kepercayaan
kepada saya untuk menubuhkan gabungan ST Rosyam Mart.
“Saya rasa setelah 60 tahun negara kita merdeka, saya rasa inilah
peluang pertama anak Melayu diberi peluang untuk sama-sama dengan rakan
daripada bangsa Cina yang memegang bidang perniagaan.
“Saya harap masyarakat di luar sana berbangga dengan keupayaan dan
pencapaian saya dan boleh menjadikan ia sebagai satu inspirasi untuk
mereka bergerak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan