ISMA WEB
Pemantau dakwa miliki dokumen penukaran dapatan hasil bedah siasat Muhammad Adib - daripada mati akibat dipukul - kemungkinan ditukar menjadi mati akibat dilanggar kenderaaan

BANGI
– Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang baharu beberapa jam
lalu dibebaskan daripada tahanan polis, tetap dengan pendirian bahawa ada pihak
atasan kerajaan Pakatan Harapan (PH) disyaki terbabit melindungi pembunuh
Muhammad Adib Mohd Kassim.
Anggota
bomba berusia 24 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung
Negara (IJN) pada malam 9 Rabiulakhir lalu, selepas bertarung nyawa selama 21
hari, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh Kuil Sri Maha
Mariamman, Subang Jaya.
Pada
awal pagi 19 Rabiulawal lalu, Allahyarham diserang perusuh di kuil berkenaan
tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang
sedang melakukan tugas membantu orang ramai.
Dalam
kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika
pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan,
sehingga cedera parah.
Polis
kemudian menangkap empat lelaki disyaki terbabit menyerang Allahyarham, tetapi
Mahkamah Majestret membebaskan mereka dengan ikat jamin polis dan bon mahkamah.
Kes
itu mulanya disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,
tetapi kini diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,
kerana membunuh.
Memberitahu
Ismaweb.net selepas dibebaskan hari ini, Lokman yang juga Presiden Pemantau
Malaysia Baru (Pemantau) berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis
berhubung dakwaan kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri
Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Peguam Negara, Tommy Thomas disyaki
melindungi pembunuh itu.
“Kenapa
kami berkata demikian? Kerana, sebelum ini, empat individu ditahan mengikut
Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Mereka ini telah didakwa atas cubaan membunuh,
kerana ketika itu saudara kita, Allahyarham Adib masih hidup.
“Tetapi
apabila Adib meninggal dunia, sepatutnya Jabatan Peguam Negara meluluskan
permohonan polis untuk meminda pendakwaan daripada Seksyen 307 iaitu cubaan
membunuh, kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.
Sebaliknya,
beliau berkata, apa yang berlaku ialah selepas Peguam Negara berbincang dengan
Muhyiddin, mereka dilihat melengah-lengahkan proses pendakwaan semula empat
individu terbabit.
“Lebih
teruk lagi, diwujudkan pula siasatan kehakiman (inkues kematian), dan sehingga
saya ditahan semalam, siasatan itu masih belum dimulakan. Apa semua ini?
Bukankah ini seolah-olah melengah-lengahkan? Tidakkah tindakan ini secara tak
langsung akan melindungi pembunuh?,” katanya.
Katanya,
Pemantau tidak akan sama sekali berganjak memperjuangkan keadilan terhadap
kematian Muhammad Adib, dan bersedia berdepan dengan mana-mana pihak yang
disyaki melindungi pembunuh.
Dakwa miliki dokumen bedah siasat
“Kami
juga ada sumber dalaman, dalam bentuk memo, di mana ia dikeluarkan bagi menukar
hasil dapatan bedah siasat Muhammad Adib, daripada mati akibat pukulan, dan ada
kemungkinan akan ditukar menjadi mati akibat kemalangan dilanggar kenderaaan,”
katanya.
Pada
masa sama, Lokman turut mengulas mengenai pembebasan beliau daripada tahanan
polis pada jam 10.30 pagi tadi, setelah hampir 12 jam ditahan mengikut Akta
Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
“Alhamdulillah
saya dibebaskan daripada tahanan. Nasib kita baik dan perkara ini pun boleh
kita boleh hidu.
“Sekarang
ini musim Pilihan Raya Kecil (PRK), dan saya dibebaskan awal. Ada kemungkinan
mereka tak dakwa saya dalam masa terdekat, dalam musim PRK ini,” katanya.
Semalam,
beliau ditahan selepas memberikan keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah
Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berhubung satu video ‘Live’ –
Kerajaan Pakatan Harap (PH) Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib’.
Beliau
ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi jam 10.00 malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan