HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 Januari 2019

Tiga ditahan hina bekas Yang di-Pertuan Agong – KPN Fuzi

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong V, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata mereka yang ditahan untuk siasatan itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 46 tahun.

“Penahanan kesemua individu itu dibuat selepas kami menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun laman sosial terbabit yang memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V,” katanya semalam.

Tiada ulasan: