ISMA WEB
Nasib kontraktor Melayu apabila keistimewaan ditarik balik
HARI
ini Pedang baca satu kenyataan media daripada Kementerian Kewangan yang
mengumumkan 121 projek bernilai RM13.93 bilion di seluruh negara, yang
ditawarkan secara rundingan terus atau terbuka sebelum ini, akan diteruskan.
Kenyataan itu disiarkan agensi berita nasional Bernama, yang antara lain menyatakan bahawa projek ditawarkan secara rundingan terus dan tender terhad oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan diteruskan selepas rundingan semula harga oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harap
(PH), dengan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta.
(…akan diteruskan selepas rundingan semula harga oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH), dengan penjimatan kos sebanyak RM805.99 juta) – ayat untuk dapat kredit buat diri sendiri.
“Ini tidak termasuk projek mega seperti LRT3 dengan kos sebanyak RM31.65 bilion dan MRT2, dengan kos sebanyak RM39.35 bilion, yang masing-masing dikurangkan harga kepada RM16.63 bilion, dan RM30.53 bilion. Ini sekali gus menjimatkan kos keseluruhan sebanyak RM23.84 bilion untuk kedua-dua projek ini.
“Berdasarkan kajian semula tersebut, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan tender terbuka bagi projek-projek tender terhad dan rundingan terus yang belum dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).
“Bagi 121 projek tender terhad dan rundingan terus yang telah dikeluarkan SST, perjanjian tambahan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada penghujung Mac 2019 setelah harga dirundingkan semula sebagai usaha rasionalisasi kos projek tersebut, yang sekali gus mengurangkan tekanan ke atas kedudukan fiskal kerajaan,” kata kenyataan itu.
Pedang baca lagi dan bahagian ini yang menarik perhatian iaitu apabila MOF berkata:
“Kaedah lama pemberian kontrak dikekalkan, dengan perbezaannya hanya tender terbuka dijalankan untuk menggantikan kelulusan secara rundingan terus atau tender terhad melainkan ada faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas.
“Contohnya, kaedah untuk tawaran kontrak kepada kontraktor Gred G1 (dahulunya dikenali sebagai Kontraktor Kelas F) masih sama, hanya ia dijalankan secara saingan terbuka dalam kalangan kontraktor Gred G1 dan bukan seperti dahulu, iaitu menerusi rundingan terus atau dengan keperluan mendapat tandatangan persetujuan daripada Ketua Bahagian ti politik.”
Pedang tak bantah kenyataan “…projek ditawarkan secara rundingan terus dan tender terhad oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan diteruskan selepas rundingan semula harga oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH)…”
Eloklah diteruskan untuk kepentingan rakyat. Lagipun, kerajaan sedia ada berjaya menjimatkan kos sehingga RM805.99 juta.
Secara umumnya kenyataan kementerian yang diketuai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ini hendak memberitahu kita semua bahawa, pada masa akan datang tawaran tender projek bukan lagi dibuat seperti diamalkan kerajaan BN – rundingan terus, tender terhad – sebaliknya ia akan ditawarkan secara terbuka.
Ini juga bertujuan menunjukkan bahawa kerajaan PH sekarang telus, tidak ada lagi keistimewaan tertentu kepada mana-mana pihak melalui tender terhad atau rundingan terus, sebagaimana dilakukan kerajaan BN dahulu.
Kenyataan itu juga mahu memberitahu kita bahawa, dulu kalau nak dapat projek ‘rundingan terus’ atau tender terhad kena bawa surat ketua bahagian parti dalam BN, barulah kuat permohonan itu. Kalau tinggi dan kuat kedudukan dalam parti, maka dapatlah projek itu.
Projek rundingan terus ini tidak dibuat secara tender terbuka, walaupun kerajaan mengumumkan hendak melaksanakan sesuatu projek. Maknanya, tertutup. Hanya dengan mengadakan rundingan tertentu maka projek yang boleh mencecah sehingga berbilion ringgit itu, dianugerahkan terus atas sebab-sebab tertentu.
Cara inilah, yang jika menurut kenyataan media MOF hari ini, yang tidak mahu diamalkan oleh kerajaan PH. Mereka juga hendak menunjukkan bahawa cara rundingan terus diamalkan BN dahulu, tidak betul.
Pedang baca lagi kenyataan media MOF itu. Tiba-tiba ada sebut “… melainkan ada faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas”.
Ayat penuh menyebut “Kaedah lama pemberian kontrak dikekalkan, dengan perbezaannya hanya tender terbuka dijalankan untuk menggantikan kelulusan secara rundingan terus atau tender terhad melainkan ada faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas.”
Maksudnya, kerajaan PH juga akan mengamalkan penganugerahan projek secara rundingan terus, sama seperti dilakukan kerajaan BN yang mereka mahu salahkan kerana memberi projek secara rundingan terus.
Dua kali lima juga, kerana menggunakan alasan ‘faktor kecemasan’, kepakaran tertentu’ dan ‘sebab-sebab khas’ untuk menghalalkan penganugerahan projek secara rundingan terus.
Mungkin juga akan berlaku ‘kata dulang paku serpih’, sementelahan parti-parti gabungan PH bukannya ada wang yang banyak sekarang ini.
Bersatu, PAN dikira masih baru, dan wakil rakyat mereka bukan ada duit untuk perbelanjaan parti. Jadi kena cari projek, guna saluran ‘rundingan terus’ bagi mendapatkan tender. Kurang-kurang pun projek potong rumput atau buat jalan kampung, baiki jalan dan lain-lain seperti ketua bahagian dulu-dulu dapat.
Tak sama dengan DAP dan PKR yang telah lama dan ‘dapat’ banyak bantuan wang, Bersatu dan PAN kena ‘merangkak’ mencari wang. Dan semestinya projek-projek kerajaanlah yang akan menjadi sasaran dan penyelamat.
Maka, disebutkanlah di dalam kenyataan media MOF itu “…melainkan ada faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas” – untuk membolehkan projek diberi menggunakan kaedah rundingan terus.
Seperkara lagi yang nak Pedang peringatkan apabila semua projek dibuat secara terbuka ialah, saingan yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor Melayu dan Bumiputera, khususnya bagi projek di atas RM200,000, dengan kontraktor kaum lain.
Memanglah sekarang ini mengikut peraturan kewangan mengenai pelawaan projek di bawah RM200,000 dikhaskan kepada kontraktor Bumiputera Gred G1 (dulu dikenali Kelas F) sahaja. Manakala, projek RM200,000 ke atas akan terbuka kepada kontraktor lain.
Mampukah kontraktor Bumiputera kelas A; B; C; D; dan E bersaing dengan kontraktor kaum lain, yang jauh lebih banyak modal, dan mampu pula meletakkan harga terendah bagi kos sesuatu projek? Dalam keadaan kerajaan PH mahu mengurangkan kos projek sudah pasti harga terendah yang akan menang kontrak.
Apa nasib kontraktor Melayu dan Bumiputera? Nak duduk Gred G1 sahaja? Sedangkan, nak berdaftar dalam gred yang lain tiada modal besar untuk bersaing.
Kata Pedang: Khabarnya projek rundingan terus dan tender terhad inipun dulunya tak disukai oleh kontraktor-kontraktor Cina kerana mereka tidak berpeluang mendapat projek besar. Kalau dapat pun ‘duit tepi’ kena kuat beb…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan