ALOR SETAR: PAS Kedah
mengarahkan semua ahli PAS setiap peringkat untuk bersama-sama
menghadiri Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagan
Negara yang akan diadakan pada 4 Mei ini di Masjid Jamek dan Sogo, Kuala
Lumpur.
Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin
Fakhrurazi berkata himpunan berkenaan merupakan manifestasi keresahan
rakyat mengenai isu-isu penting yang menyentuh secara langsung tentang
peruntukan Islam adalah agama rasmi.
"Agama dan hak Islam tidak sesekali
dapat disetarakan dengan agama lain meskipun penganut agama lain bebas
beramal dengan anutan kepercayaan mereka," ujar beliau.
Menurutnya lagi tindakan itu ekoran
keresahan umat Islam yang merasakan kedudukan Islam tidak selamat di
tangan pemerintah hari ini, apatah lagi dengan pelbagai isu Islam dan
masyarakatnya yang dikesampingkan.
Antaranya, kata beliau budaya
bertentangan dengan ajaran Islam seperti LGBT dipromosikan dengan jelas
dan bebas. Isu pengurusan serta momokan masalah kewangan yang melibatkan
institusi umat Islam seperti Tabung Haji selain mempamerkan sikap
memperkecil amalan Islam di kalangannya.
“Dalam masa yang sama promosi pemahaman Islam Liberal semakin mendapat tempat dan semua di antaranya menggusarkan umat Islam.
"Rakyat juga merasa kegelisahan mengenai
kedudukan kedaulatan negara apabila ada tangan-tangan ghaib yang cuba
meratifikasi perjanjian-perjanjian antarabangsa tanpa pengetahuan
rakyat.
"Hal ini umpama menggadai negara ke
tangan orang luar, sedang negara kita, sewajarnya kitalah yang uruskan.
Contoh nyata adalah percubaan meratifikasi Statute Rome yang jelas
memberi tiket kepada kuasa luar mencampuri urusan dalam negara," katanya
ketika dihubungi Harakahdaily.
Justeru itu sambung beliau, kehadiran
untuk bersama-sama himpunan itu adalah satu keperluan dan tuntutan dan
semoga kesatuan serta kejituan semangat umat Islam memberi signal kepada
pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan jangan sesekali mudah menyentuh atau
mengkucar-kacirkan hak umat Islam yang jelas serta terang termaktub di
dalam Perlembagaan Malaysia sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan