KUANTAN: Para
perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 bersetuju
sebulat suara menyokong usul taawun siyasi dengan Umno yang sudah
bermula selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Usul tersebut dibawa oleh Ketua
Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Daud kerana taawun
siyasi dilihat menepati syariah Islam sekali gus mengukuhkan melebarkan
ruang dakwah.
Menurutnya, Dewan Ulamak PAS Pusat turut
menyedari terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan
kerjasama itu dalam situasi politik semasa sebagai asas penyatuan ummah
dalam masyarakat dan negara.
“Kita sangat memahami keperluan untuk
menyeragamkan dalam fikrah dan amalan dalam kalangan ahli pada segenap
lapisan peringkat, maka usul ini dibawa kepada muktamar.
“Taawun siyasi menjadi rujukan penting
dalam strategi dan pendekatan semasa PAS terutamanya dalam usaha untuk
meluaskan dakwah dan menyatupadukan ummah,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan menambah, usaha itu bagi mewujudkan garis panduan
secara jelas mengenai taawun siyasi untuk dilaksanakan dalam PAS. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan