HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Jun 2019

Rehatkan Azmin? Khalid Samad serah pada Majlis Presiden

Rahimah Abdullah, Astro Awani
Rehatkan Azmin? Khalid Samad serah pada Majlis Presiden
Khalid enggan mengulas mengenai kontroversi itu kerana tidak menonton klip video tersebut. - Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Majlis Presiden untuk membuat sebarang keputusan mengenai desakan sesetengah pihak agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sementara siasatan kes klip video intim yang mengaitkannya dilakukan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Amanah pada masa sama enggan mengulas panjang mengenai kontroversi berkenaan kerana tidak menonton klip video itu.

“Saya serah pada Majlis Presiden untuk mengkaji dan kabinet untuk mengkaji (desakan Azmin direhatkan).
 
“Tak tahu (sama ada Azmin perlu direhatkan) sebab saya tak tengok pun video tu,” katanya semasa ditemui media di Rumah Terbuka Wangsa Maju di sini pada Ahad.

Beliau bagaimanapun menolak sebarang bentuk politik kotor.

“Saya tidak boleh komen pasal video tu sebab saya tak tengok pun. Macam-macam kemungkinan. Mungkin kita tak boleh layan. No gutter politics. Kita tolak gutter politics,” tambah beliau.

Mohamed Azmin sebelum ini berkata beliau akan terus memberikan khidmat kepada rakyat di sebalik desakan supaya mengambil cuti sementara.

BACA: Lembaga disiplin PKR perlu siasat dalang di sebalik penyebaran video seks - Azmin

BACA: Saya simpati dengan keluarga Azmin - Dr Wan Azizah

BACA: Polis bebaskan Haziq dengan jaminan
 
 

Tiada ulasan: