Kempen membasmi hukuman mati makin kuat berkumandang di negara ini. Bagaimanapun, bagi keluarga kes mangsa pembunuhan, mereka mahu perasaan mereka diambil kira.
“Kalau seseorang berada di tempat saya, mereka juga akan meminta hutang nyawa dibalas dengan nyawa,’’ kata Rita Soesilawati, anak jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh setelah hilang pada 2010.
Rita berkata kerajaan harus tahu tahu bagaimana keluarganya menderita.
Tiga individu dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dan kemudian membakar mayat itu.
Bagaimanapun, bagi aktivis dan anggota keluarga banduan yang bakal berdepan dengan hukuman itu, hukuman itu tidak berperi kemanusiaan.
“Izinkan dia pulang,” rayu Razali Ahmad.
“Izinkan saya bawanya ke masjid. Saya mahu memeluknya.”
Ibunya Siti Zebedah dijatuhkan hukuman mati sejak 16 tahun lalu selepas didapati bersalah mengedar 858gram ganja pada 2007.
Perkara ini dibahaskan dalam dokumentari Malaysia: On Death Row ditayangkan di saluran Al Jazeera English awal pagi esok.
Dokumentari ini meninjau seandainya Malaysia benar-benar bersedia menghapuskan hukuman mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan