Pada hari ini 13.7.1981, Kerajaan Malaysia telah mengusir keluar tiga orang pegawai Kedutaan Soviet dari negara ini kerana kesalahan pengintipan. Turut sama ditangkap ialah Encik Siddiq Mohamad Ghouse. Beliau telah ditangkap di bawah akta keselamatan Dalam Negeri (I.S.A.) kerana menjadi agen Polis Rahsia Soviet iaitu KGB dan kegiatannya itu memudaratkan keselamatan negara.
Pegawai-pegawai Kedutaan Soviet yang di usir itu ialah Encik G.I. Stepanor, Setiausaha Pertama Kedutaan; Encik V.P.Romanov, Setiausaha Kedua Kedutaan Soviet dan seorang kakitangan bukan diplomatik di bahagian ekonomi kedutaan Soviet iaitu Z.L. Khamidauline.
Tan Sri Ghazali Shafie selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kenyataan akhbar mengatakan bahawa pihak polis negara ini sudah pun merampas alat-alat yang dibekalkan oleh agen-agen KGB kepada Encik Siddiq Ghouse.
Beliau menyatakan bahawa polis telah mula mengadakan pengitipan di atas kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Encik Siddiq dan tiga orang agen tersebut sejak beberapa bulan yang lalu.
MR : Orang kuat Mahathir

Tiada ulasan:
Catat Ulasan