TH EMALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak veteran DAP Lim Kit Siang untuk menyertai Umno.
“MenHEN boleh terus masuk UMNO je. Oleh itu, saya setuju cadang dia isi borang masuk UMNO.
“Saya tolong isikan nama dia dalam borang ahli UMNO. Butir-butir yang lain, MenHEN isi sendiri.
“Umno nak luluskan keahlian dia atau tidak, saya tak boleh jamin.
“Bimbang permohonan MenHEN ditolak atas sebab dia kekurangan integriti dan kewarasan,” katanya sinis menerusi hantaran Facebook hari ini.
MenHEN merujuk kepada istilah parodi ‘Menteri Hal Ehwal Najib’ yang diberikan bekas presiden Umno itu kepada Lim.
Najib berkata demikian selepas Lim mempersoalkan kepulangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno selepas bercuti enam bulan.
Sebelum ini, Lim mempersoalkan sama ada Zahid merupakan proksi kepada Najib.
“Adakah Zahid kini memimpin Umno untuk menunjukkan bahawa pemimpin Umno sudah menyesal dan bertaubat?
“Atau kembali selepas bercuti semata-mata tiada lain kerana ‘Bossku’ dengan dia memainkan peranan sebagai proksi “Bossku” kerana Najib rasa dia mungkin hilang kawalan Umno,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Zahid membuat pengumuman untuk kembali menyambung tugas sebagai presiden Umno selepas bercuti selama kira-kira 6 bulan.
Tambah Najib lagi: “Pagi ini, dia keluarkan kenyataan tuduh Zahid Hamidi kembali bertugas di UMNO adalah untuk menyelamatkan saya.
“Dakwa pengaruh saya dalam UMNO telah hilang.
“Dan pemulangan Zahid sebagai presiden adalah konspirasi saya untuk memulihkan pengaruh saya dalam UMNO.
“Padahal ini ialah keputusan Zahid sendiri. Tiada kena-mengena dengan saya.
“Yang pelik juga ialah tak sampai dua bulan dahulu dia pernah tuduh saya adalah Grand Mastermind disebalik Umno selama ini.
“Ya, Kit Siang ini pelik-pelik. Dia nampak pelbagai konspirasi di sini dan di sana.
“Tuduh ini, tuduh itu. Sekejap kata saya sangat berpengaruh, sekejap kata saya hilang pengaruh.
“Tak pernah henti. Melainkan untuk seketika selepas dia lari dari debat.
“Tapi yang tak boleh dinafikan ialah hal ehwal UMNO dan saya sangat dekat dengan hati dia.
“Kenapa perlu susah selalu sibuk-sibuk dari luar?” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan