Polis tangkap 9 lelaki tempatan buat perjudian dalam talian

KUALA LUMPUR –
Sembilan lelaki warga tempatan ditahan selepas polis menyerbu sebuah
banglo mewah empat tingkat yang dijadikan pusat panggilan judi dalam
talian di Kuchai Lama, di sini, semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kesemua
mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun yang dipercayai bekerja di
premis itu ditahan oleh sepasukan polis dalam serbuan pada kira-kira
pukul 3.55 petang semalam.
Menurutnya hasil
siasatan awal mendapati premis itu disewa dalam kawasan perumahan mewah
bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis.
“Premis
itu didapati menjalankan perjudian dalam talian khas untuk pasaran
rakyat China dan tempatan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan (d) Akta
Pertaruhan 1953,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan