Yunus tak pernah buat perkara berkenaan selama setahun berkhidmat
BANGI – Tuduhan pecah amanah membocorkan minit mesyuarat yang dibuat ke
atas ahli Exco Perak, Abdul Yunus Jamhari adalah tidak berasas.
Penyelaras
Dun Batu Kurau, Muhamad Aiman Aizuddin berkata, Yunus tidak pernah melakukan
perkara terkutuk sedemikian selama setahun beliau berkhidmat di Pejabat Exco
Perak.
“Tuduhan
sebegini kepada ahli politik dianggap sebagai tuduhan biasa tambahan pula Yunus
sekarang merupakan Exco Kanan di Negeri Perak”, katanya dalam satu kenyataan.
Aiman
yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia (Keadilan) berkata, beliau mahu
agar Yunus terus fokus kepada kerja-kerja untuk membangunkan sektor pertanian
di negeri Perak, dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk
siasatan lanjut.
Hari
ini, ahli jawatankuasa cabang PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean membuat laporan
polis berhubung dakwaan seorang ahli Exco kerajaan negeri telah membocorkan
kertas minit mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Yong
Kean mendakwa perkara itu dilakukan bagi mendapatkan komisyen daripada dua buah
syarikat pertanian.
Katanya,
perkara itu berlaku selepas ahli Exco berkenaan bersetuju untuk menyokong
permohonan pemilikan tanah pertanian seluas lebih 36 hektar kepada dua buah
syarikat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan